[GAMBAR] Anak Nora Danish & Fasha Sandha Disatukan Bercuti di Perancis

Sempena cuti sekolah ini ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama anak-anak mereka. Bekas suami kepada Nora Danish dan Fasha Sandha, Jejai juga baru-baru ini sempat untuk meluangkan masa bukan sahaja dengan anaknya. Bukan dengan anak-anak saja, Jejai turut bersama ahli keluarga yang lain menikmati percutian di Perancis.

Jejai sempat berkongsi beberapa foto sewaktu percutiannya itu kepada peminat di Instagram miliknya.

Percutian ke pergunungan salji, Megève, Perancis ini telah menyatukan 3 beradik dari ibu yang berbeza iaitu anak Fasha, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma, serta anak sulung Nora, Putera Rayqal berkongsi kasih seorang bapa. Kedua-dua palakon popular ini pernah berkahwin dengan Jejai.

Sementara itu, Nora Danish pula memuat naik foto anaknya, Putra Rayqal Ramli, 10, pagi tadi yang merindui anak sulungnya itu.

Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai pada 2006 dan berpisah pada 2008.

Selepas itu, Fasha bernikah dengan Jejai pada 2012 dan berpisah pada 2016.

Kini, Nora sudah berkahwin dengan Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan anak, Mohammad Neqayl Nedim yang lahir pada Februari lalu.

Manakala, Fasha bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aidil Aziz tidak lama lagi selepas mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

sumber: Hangat via awani via gengjoyah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*