“Suka betul cara dia” – Netizen Terpesona Sikap Sopan Santun Tokti, Siap Cium Tangan Bila Dapat Hadiah Dari Suami

Dari dulu sampailah sekarang, korang mesti perasan kan, sikap Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ni sentiasa menjaga adab, sopan santun dan sangat lemah lembut.

Walaupun dah bergelar isteri dan ibu sekarang, Tokti ternyata memang tak berubah langsung. Buktinya apabila viral video Tokti bersama keluarga sambut New Year di Dubai semalam.

“CT ni memang wau sungguh. Suka betul cara dia, dapat hadiah dari laki salam cium pipi macam tu”

Menerusi perkongsian netizen di Twitter, Tokti yang kini bercuti bersama keluarga di Dubai tu telah menerima hadiah daripada suami, Datuk K pada malam sambutan tahun baru.

Bila Tokti buka je hadiah dan tengok dia dapat beg berjenama, terus Tokti salam dan peluk cium suaminya erat. Uish sweet betul admin tengok. Nampak sangat Tokti ni jenis hormat dengan suami dia.

“Azam 2019, nak jadi sopan macam Siti Nurhaliza”

Seperti biasa, apa saja yang Tokti buat mesti jadi perhatian ramai kan. Tambah-tambah pulak benda yang sopan dan sweet macam ni.

Rata-rata netizen yang tengok video ni puji melambung dengan sikap lemah lembut Tokti sampaikan ada yang letakkan azam nak jadi sopan macam penyanyi nombor satu negara ni pada tahun 2019. Fuhhh tercapaikah

Sumber: Twitter

Terhibur tengok Tokti sambut New Year 2019 di Dubai

Apa-apapun bagi fans Tokti, korang mesti rasa terhiburkan tengok Tokti bersama suami dan si comel, Siti Aafiyah sambut tahun baru sama-sama kat Dubai. Rajin Datuk K melayan kerenah anak perempuannya ke sana ke mari. Manisss sangat senyuman Aafiyah tu. Macam ibu dengan ayah dia jugak!

 

Sama macam netizen lain, admin pun kagum sangat dengan sikap sopan santun Tokti ni. Harap-harap artis zaman sekarang contohi Tokti kalau nak terus maju dalam industri hiburan.

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @mymediaohsem 

Terima Kasih!

Sumber: Lobakmerah 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*